Maahad Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah
Maahad Tahfiz Assohabah ini diasakan oleh Ustaz Zulfikar Ab Mijan pada tahun 2014 dibangunkan di Kampung Lobou, Kota Kinabalu. Maahad Tahfiz ini diwujudkan sebagai institusi pembelajaran berasaskan Islam dimana kurikulum penghafalan Al-Quran sebagai teras utama,
Bertujuan melahirkan generasi muslim yang menghafal al quran dan berpegang dengan ajarannya, berperibadi dan berakhlak sejajar tuntutan agama, membentuk para huffaz dan menjadi pemimpin masa depan yang dapat menguasai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.
RUTIN HARIAN PELAJAR KAMI
Kami sentiasa berusaha membekalkan ilmu agama secukupnya kepada para pelajar kami untuk bekalan dunia dan akhirat.
Hafazan
Mengaji dan menghafal Al-Quran beserta tajwid dan taranum.
Qiyamullail
Menghidupkan malam dengan solat-solat sunat & zikir
Zikir Munajat
Sentiasa membasahi lidah dengan zikir-zikir memuji Allah S.W.T
Tazkirah
Sentiasa ingat-mengingati untuk terus perbaiki diri dan orang sekeliling
Ilmu hadis
Dibekalkan dengan ilmu hadis sebagai panduan hidup seharian
Fardhu ain
Memdalami dan mengamalkan kewajiban sebagai seorang muslim
Galeri Maahad Tahfiz
Pusat Tahfiz memerlukan sumbangan anda untuk menampung pembangunan dan operasi, keperluan serta kelangsungan hidup anak-anak tahfiz.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan buat anak-anak tahfiz ini secara bulanan dan tetap. InsyaAllah, dengan sumbangan ini dapat membantu pihak madrasah secara berterusan.
Sumbangan ikhlas tuan/puan amat bermakna untuk pembangunan Maahad Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah dan keseluruhan warganya.