Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Muslimat Semporna, Sabah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sama-sama berkongsi apa yg Kita ada dengan mereka yang memerlukan, Allah Sayang Hamba yg ada sifat Kasih Saling membantu Hamba yg lain.

Kami memerlukan sumbangan untuk membantu membiayai pembangunan fizikal dan prasarana Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Muslimat Semporna, Sabah. Anggaran kos yang diperlukan sangat besar untuk pembinaan dan pengurusan madrasah meliputi perkara-perkara berikut :

  • Kos Pembinaan Banggunan Tambahan dan Fasiliti
  • Kos Pembelajaran Anak-Anak Asnaf dan Kurang Berkemampuan
  • Kos Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah (Termasuk Utilities)
  • Kos Tajaan Makanan Anak-Anak

Kami juga mengalu-alukan sumbangan buat anak-anak hafizah ini secara bulanan dan tetap. InsyaAllah, dengan sumbangan ini dapat membantu pihak madrasah secara berterusan.

Sumbangan ikhlas tuan/puan amat bermakna untuk pembangunan Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Muslimat Semporna dan keseluruhan warganya.

×